Monday, December 5, 2011

Periksa


Rasa macam baru jer periksa mid-sem, dah keluar pula jadual exam final.

Cepatnya masa berlalu.

Alahai...

Episod Raya Korban

Jom layan gambar :)






































































Saat dan ketika kejadian ini saya sedang lena dibuai mimpi. Malam sebelumnya saya tidur jam 3pagi untuk kemas-kemas rumah. Maklum, esoknya nak raya dan lusa pulak ada sedikit majlis makan-makan. Hari sebelumnya baru tiba di rumah around 5am dari kampus.

Penat.

Tapi happy.

Alhamdulillah :)


Saturday, October 15, 2011

Air dan Tisu

gambar ihsan google

Kawan saya cakap saya ni jenis hati tisu.

Tak faham?
Saya pun tak faham juga pada awalnya.

Lepas tu baru dia explain.
Tisu bila dibasuh akan jadi lembik dan bila dah kering jadi keras tapi senang pecah.
Maksudnya macam cepat tersentuh.
Bila tegur kena hati-hati.

Itu dia punya analogi.
Insan yang saya kenal sekadar di alam maya.
Tapi saya rasa ada betulnya juga bila reflect diri sendiri.

Bak kata seorang bidan pula, saya punya sifat macam air.
Sebab saya anak yang ke-2 dalam family.
Bila dimarahi senang leleh.
Emmm...macam ada betulnya juga.

Kadang-kadang kita rasa macam tak berapa nak kenal dengan diri kita.
Kita perlukan orang di sekeliling untuk kenal diri sendiri.
Bak kata kawan saya, kawan itu cermin diri.
Tapi,
diri itu cermin siapa pula?

Dan hanya pencipta kita, Allah yang tahu segalanya pasal kita.
Itu yang sesungguhnya.

Refer Surah Al-Baqarah ayat 32 dan 33.
Mereka menjawab, “Mahasuci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sungguh, Engkaulah yang Yang Maha Mengetahui, Maha Bijaksana.”
Dia berfirman, “ Bukankah telah Aku katakan kepadamu, bahawa Aku mengetahui rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?”

Sungguh.
Tak ada yang tersembunyi antara Dia dan kita.
Masih banyak yang perlu dipelajari.
Belajar kenal diri untuk mengenal Allah.

Perlu tanya orang yang pakar untuk penerangan yang lebih lanjut.
Saya bukan ahlinya.

p/s: Ya Allah, rezekikan aku istiqamah.


Wednesday, October 12, 2011

Saya juga punya rasa...

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Banyak mana pun lafaz syukur yang saya lafazkan, semestinya belum cukup untuk segala nikmat yang saya rasai sekarang.
Nikmat iman, nikmat hidup, nikmat belajar, nikmat etc and etc.
Terima kasih,Ya  Allah.
Sungguh tak terbilang oleh patah kata, tak terlukis di dada kanvas dan tak terimagine di minda banyaknya nikmatMu itu.

Sekarang, saya dah punya blog sendiri.

Sebetulnya, blog ni dah lama pun wujud.
Sejak saya berada di semester satu kat uia lagi, Disember 2010.
 Tapi, rasa lama sangat-sangat  dah tak update entry terbaru.

Rasa macam blog yang tak ada input, macam tak beneficial langsung-langsung saja.
Nothing at all.

Sekarang pun, saya tak sure sebenarnya blog nie akan jadi something yang berguna di masa akan datang.
Manfaat yang paling tidak pun untuk diri sendiri.
Siapa yang boleh jangka masa depan kan?

Tapi rasanya tak salah pun kalau kita mencuba untuk kearah itu.
Create something from nothing.
From zero to hero.
Kan?

Entahlah, jemari ni sebenarnya selalu rasa kaku tiap kali ingin menulis.
Rupanya membaca dan mendengar itu lagi senang bagi saya.

Sekarang sedang mula cuba belajar untuk berjinak-jinak nak teroka benda-benda yang sebelum ni selalu duk rasa tak berapa nak senang itu.

Moga saya sentiasa kuat untuk berubah kearah yang lebih baik.
Dan moga saya akan jadi lebih baik.
Insya Allah.

Sekarang dalam proses nak habiskan novel yang baru beli masa book exhibition myweek kat uia minggu lepas.
Quartet by Saidatul Saffaa.

Hehe, sempat lagi kan meskipun sekarang dah semakin sibuk nak kena study macam-macam,
dengan lab report, kuiz dan mid-term examnya yang dah rasa semakin menjerut leher.

Tapi kan,
kita memang akan sentiasa ada masa untuk benda-benda yang kita minat dan suka nak buat.
Sesibuk mana pun kita.
Betul tak?

Hati saya mula tergerak dan terusik untuk mengupdate blog  saat mata menyapa bait-bait kata dalam novel tersebut.

gambar ihsan google

On pages 31 to 33.
Cebisannya untuk dikongsi...
                 “Tak semestinya. Ada orang ulas isu semasa. Ala...macam-macam la. Kiranya macam kita tulis something we think we want to write and what we want to share with others. Mungkin boleh jadi salah satu cara kita nak spread ilmu dan mungkin boleh jadi amal jariah kita yang takkan putus apabila kita meninggal nanti.” Azra menyambung ayatnya sambil tangan kembali mengklik tetikus.
Jeda.

Jujur, saya bukanlah insan terbaik untuk bagi tazkirah dan segala yang sama waktu dengannya.
Blog ini cuma jadi medan untuk saya berkongsi rasa  dan pengalaman hidup.
Saat diri rasa keseorangan.
Saat kebosanan melanda diri.
Saat etc and etc.
Mungkin.

p/s: Terkilan sebab tak sempat beli novel terbaru hlovate. Saya mesti dapatkannya satu hari nanti.


Sunday, February 13, 2011

Taman Ilmu & Budi


International Islamic University Malaysia(IIUM)


Kuantan Campus,
International Islamic University Malaysia,
Jalan Sultan Ahmad Shah,
25200 Bandar Indera Mahkota,
Kuantan,
Pahang Darul Makmur.

  main gate

 
Kulliyyah of Dentistry
~in construction~

       Kulliyyah of Pharmacy



      Kulliyyah of Science

    Physical Science

   Physical Science

   Masjid sementara uia

     Kulliyyah of Science

      Kulliyyah of Pharmacy


   Physical Science

    hostel sisters



p/s: thanks to my uncle for the pictures :)