Wednesday, December 10, 2014

Tuesday, December 2, 2014

IIUM Career Planning Seminar

Ini cerita 29 November 2014.
Seminar yang mengisi hujung minggu saya.
Buat saya lebih kenal dengan diri sendiri.
Alhamdulillah.















Work is not just a job.
It is a career.

Job --> Short-term success
Career --> Long-term success (with skills, values and passion)








Friday, November 14, 2014

Anugerah



Ini Tok Mek dan Tok Wan saya.
Nenek dan datuk saya sebelah umi.
'Manis' kan mereka ini.
Bertuah saya menjadi cucu mereka.
:)

Mereka tak kenal erti kemewahan hidup.
Namun mereka hambaNya yang tunduk patuh pada DIA.
Subhanallah.

Dan hari ni Tok Mek saya dapat ini.


Alhamdulillah.
Tahniah Tok Mek!
We all love you!
:)

Semoga Tok Mek dan Tok Wan dipanjangkan umur dalam keberkatan dan keredhaanNya.
Ameen.



Mengemis Kasih


Mengemis Kasih
Nazrey Johani feat. Far East


Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta

Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka kuharap sudah berlalu

Tak ingin lagi ku ulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunug tinggi
Tapi rahmatMu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmatMu di bumi

Tuhan walau taubat sering ku mungkir
Namun pengampunanMu tak pernah bertepi

Bila selangkah ku rapat padaMu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Ya Allah...





Thursday, November 13, 2014

Penyakit

Saya berpenyakit.
Ya.

Ailurophobia.
Itu namanya.

Apa itu?
An extreme and irrational fear of cats.
Definisinya sebegitu.

gambar ihsan google

Dia comel.
Itu saya akui.
Dia manja.
Itu juga saya akui.

Tapi maaf ya si kucing,
perasaan takut saya itu melebihi.

Tapi usahlah kalian risau.
Saya tidak membenci kalian.
Kasih itu tetap ada.
Cuma fanatik itu jauh sekali.

Kalian binatang kesukaan nabi.
Sungguh saya tahu tentang itu.
.
.
.

Ada mereka yang seperti saya.

Benar,
kami memang serupa.
Tapi semestinya tidak akan pernah sama.

Siapa mereka itu?

Napoleon Bonaparte
Julius Caesar
Alaxander the Great
Adolf Hitler
Genghis Khan
Benito Mussolini
La Toya Jackson

Itu senarainya.


"Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha teliti."
(Al-Hujuraat: 13)







Tuesday, November 11, 2014

The Best vs The Worst

Sejak berada disini,
saya mula kenal dengan dia.
Dan saya jatuh suka.

Ya.
Itu yang saya rasa.
Satu anugerah.

. . .

Orang selalu kata,
Save the best for the last.

Tapi itulah,
ada cerita lain yang tertulis.
Sebaliknya pula yang terjadi.
'The Best' itu bertukar jadi 'The Worst'
Dia tak kekal lama.
Ada makhluk lain pula yang goda dia.
Sungguh.

Sedih?
Ya.
Sebab saya manusia.

Tapi betullah.
Rezeki itu memang bukan kerja kita.
Itu kerja DIA.

Walaupun kita dah punya.
Walaupun dia dah di depan mata.
Kita tetap tak dapat.
Sebab DIA dah tanda.

Mungkin tak dapat hari ini.
Mungkin akan dapat esok.
Mungkin juga akan dapat lusa.
Atau mungkin saja tulat.

Hanya DIA yang tahu.

"Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakinya)"
(Surah Saba':39)

Buat dia,
potretmu ini adalah tanda,
sebagai kenangan kita pernah bersua,
maafkanku kerana terleka,
membuatkanmu jadi merana.


Lihatlah.
Betapa si makhluk putih itu telah menggoda si dia.
Sobs.Sobs.Sobs.






Sunday, November 9, 2014

Kisah Periuk Nasi

Misteri.
Ini benar-benar berlaku.
Serius.
.
.
.

Kejutan apakah ini?
Sungguh saya tidak tahu.

Kepada 'dia' yang baik hati itu,
Terima Kasih.
Semoga Allah membalas kebaikanmu.
Itu doa saya.


Periuk nasi?

Ya.
Ada cerita indah disebaliknya.
Cerita kebaikan seorang sahabat kepada sahabatnya.


"Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu (bertujuan menunjukkan contoh), maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus sebahagian kesalah-kesalahanmu. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan."
(Al-Baqarah: 271)



Thursday, November 6, 2014

Saya Hebat

Ralat.
Itu yang saya rasakan.

Saya tidak menyalahkan dia.
Dia sahabat yang baik bagi saya.
Sungguh.

Saya cuma ada sedikit rasa terkilan.
Pada diri sendiri.

Betapa tidak percayanya saya.
Pada kebolehan sendiri.

Jadi hari ini saya merumuskan.

SAYA HEBAT!
Itu satu hakikat yang mesti saya pegang.
Dan percaya.
Tidak boleh tidak.
Titik.


gambar ihsan google

"Dan sungguh, Kami telah memuliakan anak cucu Adam, dan Kami angkut mereka di darat dan di laut, dan Kami beri mereka rezeki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka di atas banyak makhluk yang Kami ciptakan dengan kelebihan yang sempurna"
(Al-Isra: 70)

.
.
.

Bertenanglah dengan apa yang telah berlaku.
Orang kata, 
setiap awan itu pasti ada garisan keperakan.
(Every cloud has a silver lining)

Maksudnya,
mungkin apa yang kita harapkan masa itu bukan yang terbaik untuk kita.
Allah lebih mengetahui.
~Addi~

Pasti akan ada hikmah.
Sungguh.

Biarkan yang lepas itu berlalu pergi.
Itu yang sepatutnya.





Wednesday, November 5, 2014

Parcel Cinta

Saya gembira sangat hari ini.
Nak tahu kenapa?

Parcel saya dah sampai!
(kena letak tanda seru sebab nak bagitahu betapa gembiranya saya hari ini)
Dan saya menamakannya sebagai 'Parcel Cinta'.

Kenapa?
Kerana isinya adalah 'cinta' hati saya.

.
.
.

Emmm..
Siapakah si 'dia' itu?

'Dia'lah BUKU!
Bukan hanya sebuah, tapi dua.
Alhamdulillah.
:)

Sungguh,
betapa saya begitu cintakan 'dia'.

Dialah jantung hati saya.
Sigaraning nyawa saya.

Peneman saya dikala kesunyian.
Juga penghibur dikala saya kesedihan.
Tanpanya, maka gelisahlah saya.


Mahu berkenalan?
Ini dia...
Jeng jeng jeng...
:)


Dan lihatlah apa yang saya dapat ini.
Autograf penulis.
Kali pertama dalam hidup saya.
:)



'Arifah?
Orang arif (bijaksana)?

Ya.
Itu nama saya.
Satu doa.
Hasil daripada kecintaan saya ini.
Mudah-mudahan.


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Al-'Alaq: 1-5)





Tuesday, November 4, 2014

Dalam Sujud Cintaku

Hati saya sayu sangat bila dengar lagu ini.
Rasa menusuk.

Benarlah, 
saya belum mampu untuk jadi hambaNya yang terbaik.
Namun akan terus berusaha untuk itu.
Insya Allah.


Kau berikanku segala-galanya,
Dan Kau mengujiku dengan cinta dunia,
yang sungguh indah dan...

Kau hiaskannya,
dengan intan permata
dengan jua wanita
dan kedudukan yang memalingkanku
daripadaMu

Dalam menikmati kurniaanMu,
tak terucap lafaz terima kasihku

Namun untuk jadi yang terbaik
juga masih belum kumampu

Dalam sujud cintaku
fanaku diulit rindu
getirnya cemas di kalbu
takut hidup tanpa redhaMu

Hanya kerna Mu tuhanku
aku hidup dan ku akan
kembali pada Mu

Hanya pada Mu dalam,
sujud cintaku.

Kau janjikanku
dengan ayat-ayatMu
disana menanti
di syurga Kau penuhi
dengan cinta dan kasihMu
Ya Rabbi...


Saturday, November 1, 2014

Projek Tahun Akhir

Hari ini saya nak letak gambar-gambar projek tahun akhir saya.
Course tu saya ambil pada tahun lepas lagi.
Semasa saya berada di semester 6 dan 7 pengajian.

Banyak kenangan yang tercipta disebalik gambar-gambar ini.
Ada manis, pahit, masam, payau, etc and etc.
Bercampur-baur.

Macam-macam yang saya kutip dan belajar.
Selain ilmu teori dan praktikal sains, saya belajar mengenal sifat sebenar manusia.
Juga erti sebuah persahabatan.
Dan persaingan.

:)

Jom tengok gambar dibawah

I
I
I
V


Ini sample yang saya guna. 
Sejenis buah yang banyak terdapat dikepulauan Borneo.
Kebanyakan orang mengenalinya sebagai buah Belimbing Dayak.
Dan saintis menggelarnya sebagai Baccaurea angulata fruit.


Memandangkan buah ini jenis yang bermusim, 
saya guna dua teknik pengeringan.
Pertama seperti gambar diatas ini ialah oven-drying method.


Dan yang kedua ini ialah freeze-drying method.


Ini sample produk berbentuk fine powder yang saya dapat untuk diekstrak.
Hasil selepas diblend dan disieve.


Inilah proses mengekstrak sample saya.
Saya guna soxhlet apparatus untuk tujuan ini.


So, inilah hasilnya yang saya dapat.
Crude extract of whole fruit.
.
.
.
.
.

Projek saya tidak berakhir disini.

Selepas itu, saya kena test aktiviti antioksidan ekstrak pula.
Guna FRAP, DPPH, ABTS, TFC and TPC tests.

Dan inilah kerja-kerja menge'test' tersebut.
(Sila layan gambar-gambar dibawah)





















Sekian :)


Thursday, October 30, 2014

Masa terus berlari


Subhanallah.
Lama sangat dah tak buka blog.
Dan lama sangat dah tak menulis.

Baru sedar, kali terakhir saya update blog ialah Disember 2011.
Sekarang dah October 2014.
Hampir 3 tahun yang lalu??
Cepatnya masa berlalu...
Atau saya sebenarnya yang masih terleka?
Astaghfirullah.

Banyaknya kenangan yang tak tercatat.
Moga kenangan-kenangan tersebut sentiasa tersemat indah dalam lipatan hati saya.

Saya dah di semester akhir pengajian.
Lagi 2 bulan nak habis.
Insya Allah.
Doakan saya yer semua :)
Moga saya berjaya di dunia dan di akhirat.
Untuk kalian juga hendaknya.
Ameen.

"Demi masa.
Sungguh, manusia berada dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran,"
(Al-'Asr:1-3)