Subhanallah.
Lama sangat dah tak buka blog.
Dan lama sangat dah tak menulis.
Baru sedar, kali terakhir saya update blog ialah Disember 2011.
Sekarang dah October 2014.
Hampir 3 tahun yang lalu??
Cepatnya masa berlalu...
Atau saya sebenarnya yang masih terleka?
Astaghfirullah.
Banyaknya kenangan yang tak tercatat.
Moga kenangan-kenangan tersebut sentiasa tersemat indah dalam lipatan hati saya.
Saya dah di semester akhir pengajian.
Lagi 2 bulan nak habis.
Insya Allah.
Doakan saya yer semua :)
Moga saya berjaya di dunia dan di akhirat.
Untuk kalian juga hendaknya.
Ameen.
"Demi masa.
Sungguh, manusia berada dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran,"
(Al-'Asr:1-3)