Saturday, July 30, 2016

Tanpa Tajuk


Aku melihat hidup orang lain begitu nikmat,
Rupanya dia menutup kekurangannya tanpa perlu berkeluh kesah.

Aku melihat hidup teman-temanku tak ada duka dan kepedihan,
Rupanya dia pandai menutup dukanya dengan syukur dan redha.

Aku melihat hidup saudaraku tenang tanpa ujian,
Rupanya dia begitu menikmati badai hujan dalam kehidupannya.

Aku melihat hidup sahabatku begitu sempurna,
Rupanya dia berbahagia dengan apa yang dia ada.

Aku melihat hidup jiran tetanggaku sangat beruntung,
Ternyata dia selalu tunduk pada Allah untuk bergantung.

Setiap hari aku belajar memahami dan mengamati setiap hidup orang yang aku temui...
Ternyata aku yang kurang mensyukuri nikmat Allah...
Bahawa di satu sudut dunia lain masih ada yang belum beruntung memiliki apa yang aku ada saat ini.

Dan satu hal yang aku ketahui,
bahawa bAllah tak pernah mengurangkan ketetapan-Nya.
Hanya akulah yang masih saja mengkufuri nikmat suratan takdir Ilahi.

Maka aku merasa tidak perlu iri hati dengan rezeki orang lain.

Mungkin aku tak tahu dimana rezekiku.
Tapi rezekiku tahu diman diriku berada.

Dari lautan biru, bumi dan gunung,
Allah telah memerintahkannya menuju kepadaku.

Allah menjamin rezekiku,
sejak 9 bulan 10 hari aku dalam kandunga ibuku.

Amatlah keliru bila bertawakkal rezeki dimaknai dari hasil bekerja.
Kerana bekerja adalah ibadah,
sedang rezeki itu urusan-Nya...

Melalaikan kebenaran dan gelisah dengan apa yang dijamin-Nya,
adalah kekeliryan berganda...

Manusia membanting tulang, demi angka simpanan gaji, 
yang mungkin esok akan ditinggal mati.

Mereka lupa bahawa hakikat rezeki bukan apa yang tertulis dalam angka,
tapi apa yang telah dinikmatinya.

Rezeki tak selalu terletak pada pekerjaan kita,
Allah menaruh sekehendak-Nya.

Siti Hajar berulang alik dari Safa ke Marwah,
tapi air zamzam muncul dari kaki anaknya, Ismail.

Ikhtiar itu perbuatan.
Rezeki itu kejutan.

Dan yang tidak boleh dilupakan,
setiap hakikat rezeki akan ditanya kelak,
'Dari mana dan digunakan untuk apa'

Kerana rezeki hanyalah 'hak pakai',
bukan 'hak milik'...

Halalnya dihisab dan haramnya diazab.

Maka,
aku tidak boleh merasa iri pada rezeki orang lain.

Jujur bila berkata,
Hayati bila membaca,
Ikhlas bila menerima...



___________________________________________

Indah sungguh bait-bait kata ini, namun saya tidak tahu patut di'kredit'kan pada siapa. Puisi (kalau boleh dikategorikan sebagai puisi) ini saya terima daripada 'wassap' yang orang viralkan saja. Saya cuma koyak dan tampal (copy paste) disini supaya tidak hilang.


~saya yang tidak pandai berpuisi~




Friday, July 29, 2016

Cantik dengan AIS BATU



Perempuan dan kecantikan itu dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Lelaki juga saya rasa (sebab ada juga lelaki yang mementingkan kecantikan kan). Scroll-scroll facebook tadi saya jumpa petua ni. Ada orang share. Menjadi ke tidak saya tidak pasti sebab belum cuba buat lagi. Saya nak letak sini sebab nanti senang nak cari.


Di bawah ini yer bahan yang saya koyak dan tampal (copypaste) daripada facebook


|
V


Ternyata AIS BATU bukan setakat menyejukkan minuman, tetapi boleh jadi petua kulit cantik!
Sebenarnya ais batu, bukan sebagai salah satu petua kulit cantik yang dapat merawat kecantikan wajah. Ada banyak manfaat lain yang boleh digunakan untuk mengubati masalah jerawat yang muncul di wajah anda.

Berikut beberapa manfaat untuk kulit cantik gunakan ais batu:

1. MENYEGARKAN KULIT WAJAH YANG PENAT
Apabila anda menekap ais di wajah, secara automatik tubuh akan mengirimkan peningkatan aliran darah panas ke kawasan tersebut, sehingga meningkatkan peredaran darah. Perkara ini akan menimbulkan efek yang menyegarkan pada kulit anda yang kelihatan penat ataupun kusam.
Caranya mudah sahaja, ambil beberapa ketulan ais dan letakkan dalam gelas kaca. Kemudian gunakan gelas kaca tersebut untuk menyejukkan wajah anda. Tetapi, ingat ya… jangan tekap ais tersebut secara langsung ke wajah anda kerana ia boleh merosakkan pembuluh darah kapiler.


Okay yang ni nak kena buat sebab muka saya selalu jer nampak kusam dan penat. Saya rasa la. Tak tahu la pada pandangan mata orang lain macammana. Alang-alang guna gelas kaca ni nati sebelum minum air yang sejuk tu boleh golek-golek kat muka dulu kot. Haha.


2. MENGECILKAN RUANG PORI
Ais juga boleh digunakan sebagai ubat paling efektif untuk meminimumkan ruang pori-pori yang membesar. Caranya, anda hanya perlu tekap ketulan ais batu yang sudah dibalut dengan tuala kecil di wajah anda untuk mengurangi ukuran pori-pori sebelum anda memakai mekap.

Kalau betul boleh kecilkan liang pori memang serius kena buat ni! Serius rasa liang pori ni besar gila. Huhu.


3. MENGUBATI MATA SEMBAB
Kurang tidur, terlalu stress atau mata yang penat boleh menyebabkan mata kelihatan sembab atau bengkak. Anda boleh menggunakan mengunakan ais ini jika anda sedang mengalami kesedihan berlebihan, menangis tak berhenti. Tidak mustahil, mata anda akan menjadi bengkak.
Untuk menguranginya, anda boleh memanfaatkan ais batu. Caranya, bungkus beberapa ketulan ais batu dengan tuala dan gosok perlahan-lahan di permukaan kulit di bahagian mata anda. Kesejukan ais akan memberikan efek yang menenangkan di mata anda.


Mata saya kalau sembab bukan sebab kurang tidur, tapi sebab banyak sangat tidur. Haha.


4. MENGURANGKAN MASALAH JERAWAT
Ketika jerawat muncul di wajah anda, ambil beberapa ketulan ais dan gosokkan pada jerawat tersebut dengan lembut. Ia boleh mengurangi bengkak dan kemerahan tersebut. Selain itu, penggunaan ais batu ini juga sebagai penyeimbangan kadar minyak berlebihan serta mengempiskan dan menghilangkan jerawat anda.


Okay boleh buat ni untuk jerawat yang naik sebulan sekali tu. Kih Kih.


5. MENGURANGKAN BULU-BULU HALUS
Jika anda memiliki bulu-bulu halus di sekitar wajah dan stress dengan pertumbuhannya, anda boleh cuba mengurangkannya dengan menggunakan ais batu. Penggunaan ais batu sangat membantu untuk menghilangkan semua akar-akar kecil pada kawasan wajah anda.


Kalau untuk bulu kat tempat lain boleh tak yer? Bulu ketiak contohnya. Haha. Tak la jenuh nak mencabutnya. 


6. WAJAH LEBIH ANJAL & LEMBUT
Jika anda ingin memiliki wajah yang lebih anjal dan lembut, petua kulit cantik guna ais adalah jawapannya!
Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna, lakukannya tiga kali dalam seminggu.


3x seminggu? Saya dah la yang jenis kurang minum minumam berais batu. emm... Nampaknya lambat lagi la muka ni nak anjal dan lembut.errrr..


7. MENINGKATKAN PEREDARAN DARAH
Petua mendapatkan kulit cantik guna ais yang seterusnya, gosoklah ais batu yang sudah dibalut tuala kecil pada wajah selama seminit. Ia berfungsi untuk meningkatkan perjalanan darah, ia sangat efektif untuk mencegah tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan bintik-bintik hitam. Lakukan secara rutin, tiga kali sehari untuk mendapat hasil yang lebih sempurna.


Yang ni lagi la. 3x sehari kot! (riak muka terkejut gila)


8. MEKAP MENJADI TAHAN LEBIH LAMA
Anda disarankan untuk menekap wajah dengan ketulan ais batu yang dibaluti tuala kecil beberapa minit sebelum mengaplikasikan solekan di wajah. Setelah menekapnya dengan ais batu, biarkan selama lima hingga 10 saat supaya airnya mengering sebelum anda apilkasikan serum ataupun mekap. Ketulan ais batu akan membantu menjaga mekap menjadi tahan lebih lama serta membantu untuk menutup ruang pori-pori pada wajah.

Okay, yang ni tak pa sebab saya tak pakai make up pun. Lambatlah bersiapnya kalau duk kena golek-golek ais kat wajah dulu gat.


_____________________________________________


" Sesungguhnya Allah itu cantik dan Allah sukakan kecantikan"
(Hadis Riwayat Muslim dan At-Tirmidzi)


Sunday, July 24, 2016

Tundukkan Pandanganmu...


*لو تزوج الرجل كل نساء العالم إلا
واحدة لاشتهى الواحدة*

Kalau seorang lelaki dah mengahwini seluruh perempuan di dunia ni kecuali seorang, nescaya yang seorang tu pun dia mahu juga



*"قال: حين أعجبت بزوجتي ..*
Berkata seorang lelaki : aku hairan dengan isteriku


*كانت في نظري كأن الله لم يخلق مثلها في العالم*
Dulu sebelum kahwin, Ketika aku melihat dia, pada mataku seperti Allah tidak menciptakan sesiapa pun sepertinya

*ولما خطبتها .. رأيت الكثيرين مثلها*
Ketika aku bertunang dgnnya, aku dapati ramai pula sepertinya

*ولما تزوجتها .. رأيت الكثيرين أجمل منها*
Ketika aku mengahwininya, aku dapati ramai pula lebih cantik daripadanya

*فلما مضت بضعة أعوام على زواجنا رأيت أن 
Selepas beberapa tahun perkahwinan kami, aku dapati...

*كلُّ النَسَاءِ أحْلَى مِنْ زَوجَتِي !*
Semua perempuan lebih indah drp isteriku


*فقال الشيخ : أفأخبرك بما هو أدهى من ذلك وأمرّ ؟!*
Maka berkata Syeikh : inginkah kau aku khabarkan apa yang lebih dahsyat daripada itu?


*قال الرجل : بلى*
Kata lelaki itu : ya, khabarkan!


*فقال الشيخ : ولو أنك تزوجت كل نساء العالمين ..*
Maka kata Syeikh : kalau engkau telah berkahwin dgn seluruh wanita yang ada di alam ini..

*لرأيت الكلاب الضالة في شوارع المناطق الشعبية أجمل من كلّ نساء العالمين !!*
Nescaya engkau lihat anjing yang sesat di jalanan itu lebih cantik drp setiap wanita tersebut!!



*ابتسم الرجل ابتسامة خفيفة وقال : لماذا تقول ذلك ؟*
Tersenyum lelaki itu dgn senyuman kecil lalu bertanya : kenapa Syeikh kata begitu?


*فقال الشيخ :
لأن المشكلة ليست في زوجتك، المشكلة
أن الإنسان إذا أوتي قلباً طمّاعاً،*
Kata Syeikh : kerana yang musykilah itu bukan pada isterimu. Tapi pada manusia yang kalau telah diberi hati yang tamak

*وبصراً زائغاً،*
Dan pandangan yang liar

وخلا من الحياء من الله
Dan tidak malu kepada Allah

فإنه لا يمكن أن يملأ عينه إلا تراب مقبرته ..
Maka tidak ada apa lagi yg mampu memuaskan pandangan matanya kecuali tanah perkuburan..

يا رجل مشكلتك أنك لا تغضّ بصرك عما حرّم الله
Wahai lelaki.. masalah kamu adalah engkau tidak menundukkan pandanganmu terhadap perkara yg telah Allah haramkan.

أتريد شيئاً ترجع به امرأتك إلى سالف عهدها (أجمل نساء العالم) ؟
Adakah engkah mahu isterimu kembali kepada zaman dahulu (iaitu yg tercantik di dunia)


قال الرجل : نعم
Kata lelaki itu : ya mahu


فقال الشيخ : اغضض بصرك .... "
Maka kata Syeikh : Tundukkan pandanganmu...





copy & paste