Assalamualaikum.
Maaf. Post kali ini saya cuma koyak dan tampal sahaja. Sebagai panduan dan untuk simpanan pada masa akan datang. Boleh rujuk artikel asal disini.
Hasil koyak dan tampal saya adalah seperti dibawah.
PETUA HILANGKAN 'WHITEHEAD' DAN 'BLACKHEAD' DENGAN BAHAN SEMULAJADI
Petua hilangkan blackhead, whitehead, serta masalah pori boleh diatasi hanya dengan menggunakan 9 bahan ini di rumah.
1. AIS
Meningkatkan simulasi pengaliran darah pada kulit seterusnya membina kulit yang lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin. Jika tidak sempat, cuci muka dengan air berais sekali sehari. untuk lebih efektif, gantikan air dengan jus timun, jus epal ataupun teh hijau dan bekukan.
2. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengurangkan liang pori (pores) dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka kedalam air. Dengan menggunakan kapas, celup dan sapukan pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Sebaiknya lakukan setiap malam selepas mencuci muka.
3. PUTIH TELUR
Mengecutkan liang yang terbuka dan menghilangkan minyak berkebihan di muka.
Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur di muka, lindunginya dengan meletakkan tisu di atasnya. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu.
4. SKRUB GULA
Membuang minyak muka yang berlebihan dan mengurangkan pori terbuka.
Caranya: Gaul dua sudu gula, satu sudu minyak zaitun dan sedikit jus lemon bersama, kemudian sapu pada muka. Biarkan selama 30 minit baru dibilas. lakukan sekerap mungkin. Boleh juga menambah aroma lain seperti kayu manis atau vanila, untuk lebih wangi.
5. SODA BIKARBONAT
Membuang lebihan minyak, kotoran dan debu di permukaan kulit muka. Boleh juga merawat masalah jerawat.
Caranya: Buat pes daripada dua sudu soda bikarbonat dan air. Sapu pada wajah dan urut perlahan-lahan untuk penyerapan.
6. JUS LEMON
Mengurangkan bukaan pori dan blackhead serta mencerahkan wajah.
Caranya: Campurkan satu sudu madu ke dalam jus lemon. Sapu pada muka dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Kemudian bilas. Lakukan setiap hari selama sebulan.
7. TIMUN
Mengecutkan liang yang terbuka dan mengembalikan seri wajah.
Caranya: Ekstrak jus daripada sebiji timun. Rendam kapas dalam jus dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 hingga 20 minit. Lakukan setiap hari selama sebulan.
8. YOGURT
Membuang minyak yang berlebihan, membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan garis halus dan kedut di muka.
Caranya: Sapu yogurt di muka. Biarkan selama 10 minit baru dibilas. Lakukan sekerap mungkin.
9. OAT
Sesuai untuk mereka yang kulit sensitif.
Caranya: Campurkan lima sudu madu dan dua sudu susu tepung dalam dua sudu oatmeal. Gaul sampai sebati dan sapu pada muka. Kemudian urut perlahan-lahan. Sesudah itu biarkan ia kering barulah dibilas.
Selamat Beramal :)
No comments:
Post a Comment