Friday, August 14, 2015

Batuk

Saya dan batuk punya sejarah dan cerita tersendiri.
Sekali batuk itu datang menempel, susah amat untuk dia pergi meninggalkan saya.
Lekatnya dia dengan saya macam kena tampal guna gam cap gajah saja!

Alkisahnya,
beberapa hari sebelum saya kena, umi saya batuk sampai kena kejar tandas dan adik saya batuk sampai termuntah-muntah.
Waktu tu saya boleh pula cakap kat mereka "Um, (saya) lama dah tak batuk.."
Macam nak-nak jer gaya cakap tu.
Padahal kalau boleh memang tak nak dah.
Sungguh!
Serik dah!

Kalau ikut cerita-cerita batuk yang ada dalam lipatan sejarah hidup saya,
lamanya saya batuk tu sampai sekali tu doktor suspek saya kena penyakit TB.
Sampai kena masuk check jumpa pakar, kena buat lab test dan kena x-ray bagai.
Padahal cek-cek tu tak ada penyakit yang pelik-pelik pun.
Batuk biasa saja.
Tapi biasa tak biasa pun bila saya batuk sampai terkeluar suara doraemon lah juga.
Tak dak dah suara asal!
Tapi nasib baik lah masih ada juga suara untuk bercakap.
Sebab saya ada juga dengar cerita orang tak keluar suara langsung lepas batuk beberapa hari.
Dugaan lah tu.

Okay lah,
Sambung cerita atas yang tergantung tadi.
Lepas baik je batuk umi dan adik saya tu...
Tup tup saya pula yang kena.
Uhuk.
Uhuk.
Uhuk.

 Itulah.
Saya pun tak patut juga.
Ada ke patut cakap macam tu sebelum ni.
Macam tak bersyukur dengan nikmat sihat saja.
Mungkin Allah nak tunjuk lah tu.
Jadi sebagai balasan daripada keceluparan mulut saya itu,
maka batuk lah saya.
Uhuk.Uhuk.Uhuk.
Sampailah ke hari ini.
Berterusan.
Dah berminggu-minggu.

Tapi ni dah makin pulih dan rasanya esok-esok dah nak hilang dah.
Alhamdulillah.

Nanti untuk post yang seterusnya saya akan cerita ubat-ubat yang saya gunakan dalam merawat batuk saya ini.
Insya-Allah.

Semoga sakit saya yang sedikit ini dapat menghapuskan dosa-dosa saya yang banyak itu.
Mudah-mudahan.
Ameen.

Dan semoga saya akan lebih berhati-hati dalam berbicara.
Itu yang sebaiknya.

Benarlah kata pepatah melayu,
kerana mulut badan binasa.

Dan benar lagi kalam Allah yang turun dari langit.
Subhanallah.

"Dan apa jua musibah yang menimpa kamu daripada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (akibat perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa), dan (dalam pada itu) Allah memaafkan sebahagian besar dosa-dosa kamu.”
(Asy-Syura:30)




No comments:

Post a Comment