Wednesday, November 5, 2014

Parcel Cinta

Saya gembira sangat hari ini.
Nak tahu kenapa?

Parcel saya dah sampai!
(kena letak tanda seru sebab nak bagitahu betapa gembiranya saya hari ini)
Dan saya menamakannya sebagai 'Parcel Cinta'.

Kenapa?
Kerana isinya adalah 'cinta' hati saya.

.
.
.

Emmm..
Siapakah si 'dia' itu?

'Dia'lah BUKU!
Bukan hanya sebuah, tapi dua.
Alhamdulillah.
:)

Sungguh,
betapa saya begitu cintakan 'dia'.

Dialah jantung hati saya.
Sigaraning nyawa saya.

Peneman saya dikala kesunyian.
Juga penghibur dikala saya kesedihan.
Tanpanya, maka gelisahlah saya.


Mahu berkenalan?
Ini dia...
Jeng jeng jeng...
:)


Dan lihatlah apa yang saya dapat ini.
Autograf penulis.
Kali pertama dalam hidup saya.
:)



'Arifah?
Orang arif (bijaksana)?

Ya.
Itu nama saya.
Satu doa.
Hasil daripada kecintaan saya ini.
Mudah-mudahan.


"Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Mulia. Yang mengajar (manusia) dengan pena. Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya."
(Al-'Alaq: 1-5)





No comments:

Post a Comment